Jika anda seorang usahawan, anda pastinya mempunyai buku cek. Mungkin and mempunyai lebih dari satu account dari pelbagai bank. Kebanyakannya anda akan menulis sendiri cek-cek tersebut. Melalui pengalaman saya sendiri, kerap-kali berlaku kesilapan apabila menulis nilai cek di dalam perkataan. Kalau kita menyedari akan kesilapan tersebut, boleh lah dibuat lain. Tetapi apabila cek tersebut sudah diserahkan kepada orang (Payee), ini akan mengakibatkan kesusahan kepada pelbagai pihak. Kemungkinan boleh berlaku cek tendang.
Mungkin perkara tersebut tidak menjadi masalah yang besar kepada setengah usahawan. Kosnya tidaklah besar untuk membuat cek yang baru. Namun, selain dari anda menulis nilai dan tarikh pada cek, anda juga perlu mencatat nilai cek berserta tarikh dan juga diskripsi pembayaran pada keratan cek. Ini bertujuan sebagai rujukan apabila anda membuat kira-kira akaun kelak. Kadang-kala anda bertangguh untuk mencatat pada keratan cek, mungkin 2 atau 3 minggu kemudian anda sudah lupa diskripsi cek-cek tersebut, dan ini akan menyusahkan anda sendiri.
Bagaimana pula jika anda mengeluarkan 'post-dated' cek, dan anda mahukan report
'post-dated' cek tersebut secara 'real-time'. Jika anda lakukan secara manual, anda pasti akan mengalami sesukaran untuk mendapatkan data-data tersebut.
Masalah seterusnya apabila anda mengurus pembayaran yang dilakukan dengan cek adalah untuk mengawasi(keep-track) cek-cek yg siap(ready) utk diserahkan kepada penerima cek, cek yg sudah diserahkan 'delivered' tetapi belum 'cleared', 'post-dated' cek, dan juga cek-cek yg sudah 'cleared'. Anda mungkin sudah ada kemudahan online dengan bank untuk mendapatkan status cek yg 'cleared' seperti CIMB BizChannel ataupun Maybank2U. Tetapi kemudahan online begitu hanya menyenaraikan cek-cek yang sudah 'cleared' ataupun yang telah ditendang. Cek-cek yang belum 'cleared' tidak disenaraikan. Kalaulah penerima cek anda cepat-cepat bank-in cek tersebut, ini tidak menjadi masalah besar, tetapi kadang-kala mereka peram sampai sebulan atau dua baru nak bank-in.
Dengan permasalahan di atas, SOFTnet cheque management dibangunkan untuk memudahkan proses-proses di atas serta ditambah ciri-ciri tambahan supaya memudahkan anda mengurus buku-buku cek anda yang mungkin dari pelbagai akaun semasa dan juga pelbagai bank.
Antara ciri-ciri SOFTnet cheque management adalah:
1. Anda hanya perlu pilih tarikh, masukkan payee, dan jumlah dalam nombor sahaja. Jumlah di dalam perkataan akan disediakan secara automatik samaada di dalam bahasa melayu ataupun english.
2. Cek akan dicetak menggunakan printer biasa samaada buble jet ataupun laser.
3. Anda dapat mengawasi(tracking) status cek dari draft, preparing(signatory), ready, delivered, dan cleared.
4. Anda bebas dari masalah cek tendang dan semua maklumat cek hanya pada hujung jari anda.
Friday, May 28, 2010
SOFTnet Cheque Management
Jika anda adalah pengguna SOFTnet cheque management system atau baru 'download' perisian tersebut sila kemukakan soalan anda dibahagian komen di bawah.
If you are users of softnet cheque management system and you need support please post your questions under comment section below.
If you are users of softnet cheque management system and you need support please post your questions under comment section below.
Subscribe to:
Comments (Atom)
